Monday 23 May 2011

memang nasib kau (MALAYSIA)

 Maksud ARAK mengikut kamus dewan ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wainbirwiski dan lain-lain.
Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Disamping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkankesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.


Bila terlintas difikiran kita tentang perkataan "ARAK",kita sudah tahu benda itu adalah Haram,minuman yang memabukkan,minuman orang bukan islam.Tetapi,apa yang terpangpang didepan mata masyarakat kita sekarang ialah sebuah kerajaan islam(MALAYSIA) telah mencatat rekod rangking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar didunia.Kerajaan(Malaysia) benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana MALAYSIA yang pernah diumumkan sebagai negara islam berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan islam di Eropah dan Benua Amerika.Bak kata pepatah harapkan pagar,pagar makan padi.


" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi 




Thursday 19 May 2011

Peperiksaan

  Peperiksaan boleh didifinasikan sebagai ujian,bagi pendapat saya peperiksaan ini adalah untuk menguji pengatahuan dan membentang apa yg dipelajari selama ini.

Tekanan,serabut,tak tentu hala akan dapat dilihat apabila wajah peperiksaan akan menjelma tiba.Kadang-kadang penyakit seperti itu menjadi rutin harian setiap kali peperiksaan,nak taknak itu lah takdirnya bagi segelintir pelajar.Apabila dinobatkan sebagai pelajar,dia akan menempuhi alam peperiksaan.Pelbagai reaksi dapat dilihat oleh kita sewaktu peperiksaan sudah hampir..TIPS:USAHA,BERDOA,TAWAKAL.

Ini adalah doa2 dalam sewaktu peperiksaan,semoga dapat diamal;



Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran


- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.


Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


Read More : http://www.pokcikejoy.com/2011/03/doa-untuk-peperiksaan.html#ixzz1Mpxj3zer
Software dan Tutorial Terkini | Pokcikejoy.com ©
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Tuesday 9 November 2010

Latar belakang Mu'tah al karak Jordan

 MU’TAH KARAK JORDAN
Perang Mu’tah (Arab; معركة مؤتة , غزوة مؤتة)berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.W.A. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera 

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.
Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.
Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Friday 5 November 2010

ILMU YANG INFINITI

      ilmu bermaksud apakah adanya perasaan dahaga dan kesungguhan untuk mencari perkara yang diredhai ALLAH S.W.T untuk kita melakukan hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw.Untuk mengetahui apakah perintah yang paling ALLAH SWT sukai pada bila-bila masa.Nilai Ilmu - dilaporkan di dalam hadith,lebih kurang maksudnya bahawa,"Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan.Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada de langit dan di bumi(sekalipun ikan-ikan di laut)akan mendoakan agar dia mendapat keampunan.Kelebihan seseorang yang berpengatahuan dari seorang yang hanya beribadat tamsilannya kelebihan bulan dari bintang-bintang.

    Setiap orang mungkin pernah menimba ilmu tidak kira di sekolah,pondok atau sebagainya.Jadi tidak janggallah kita untuk menuntut ilmu walau dimana jua kerana kepentigan ilmu pada era globlasasi pada zaman yang tiada sempadan amat memerlukan dan masyarakat akan memandag tinggi kepada kita.Jadi kita adalah peranan penting bagi menyelam sehabis yang mugkin bagi mendapatkan ilmu yang sebanyak yang termampu walaupu ilmu itu terlampau banyak cabangnya

Thursday 4 November 2010

pembukaan tirai sebuah blog

      pertama sekali saya memanjat kesyukuran ke hadrat  illahi kerana dapat juga saya mencari jalan penyelesain untuk membaikpulih kaedah penulisan,serta ketumpatan isi untuk dimuntahkan di dalam blog saya sendiri selain untuk mengisi masa yang dipersia-siakan dengan benda yang tidak seberapa sihat yang boleh mencacatkan lagi aktiviti harian yang patut diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan blog ini  juga untuk pembacaan umum.jika ada salah silap,kecacatan,rasa kurang menyenangkan disebabkan kesalahan saya,saya terlebih dahulu memohon maaf.Ini adalah kali yang pertama saya mengarang blog sendiri,selama ini saya hanya membaca blog orang-orang sekeliling dan rasa untuk mengarang blog sendiri hanya tertanam didalam hati sahaja.

     Oleh yang demikian,disebabkan ini adalah permulaan penulisan blog saya,jadi isi-isi yang akan memenuhi ruang blog ini tidak seberapa menarik sangat.namun yang demikian saya akan cuba sedaya yang termampu untuk membuat yang terbaik bagi memperbaiki kelemahan saya sendiri.Disini saya hanya ingin mengarang apa yang terlintas didalam pemikiran saya,kerana idea-idea untuk mengarang memakan masa yang agak lama disebabkan ia agak merumitkan bagi saya dan memerlukan masa serta ketenangan untuk menabur seberapa banyak yang boleh bagi memampatkan lagi isi-isi yang telah tersedia ada,dengan kaedah ini saya akan bertungkus lumus bagi menyerikan lagi blog ini.Bak kata pepatah terbilang melayu lama:hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.


   Disamping itu juga,saya mengharapkan agar blog ini dapat menfaatkan kepada saya dan orang lain.Saya pun tertanya-tanya macam mana hendak megendali blog dengan kesesuaian isi pada setiap inci yang akan memenuhi ruang blog saya kerana setiap patah perkataan yang akan melekat didada blog saya perlulah memikirkannya terlebih dahulu.